Thursday, January 28, 2010

Mengatasai OBESITI selepas bersalin.

Salam..
Risaunye berat badan naik lepas bersalin..kenapa ye..ni ade artikel yg saya ambil dari majalah Mingguan Wanita Januari 2005..Catatan Kehamilan bersama Dr.Rushmini Masri..

Seseorang individu dikatakan obes apabila timbangan berat badan tidak sesuai dengan ketinggian.Mengikut kajian pakar pemakanan, setiap individu perlu mencapai berat badan yang unggul bagi memastikan dirinya memiliki kesihatan optimum.
Seseorang yang obes bukan saja merasakan dirinya tidak menarik tetapi sering merasa kepenatan dan tidak cergas.Selain itu individu tersebut juga akan terdedah kepada gejala-gejala seperti;

1. Masalah kolestrol
Kolestrol merupakan rantai lemak tepu yang boleh menyumbat saluran darah kita. Taburan kolestrol yang tinggi terutamanya dalam arteri coronary pada jantung. Apabila saluran arteri menjadi kecil dan sempit,tekanan darah di dalamnya akan meningkat dan mengakibatkan hypertension atau darah tinggi.
Taburan kolestrol juga boleh menyumbat jantung dan membawa kepada serangan jantung. Kolestrol yang banyak turut membentuk kelompok kecil di sekitar mata kita. Ini dinamakan xhenthelasma. Ia amat sukar untuk dirawat secara kosmetik.
2. Cepat penat dan mengah
Banyak tenaga yang diperlukan untuk membawa tubuh yang berat. Itulah yang menyebabkan individu yang obes malas untuk bersenam dan lebih suka bersantai. Jangan biarkan keadaan ini menguasai anda. Latih diri untuk bersukan dan lawan rasa malas.
3. Masalah kencing manis
Apabila badan menjadi gemuk, sensitiviti sel tubuh terhadap insulin akan berkurangan. Ini menyebabkan masalah kencing manis atau diabetis. Kencing manis peringkat awal boleh 'hilang terus' seandainya anda cepat menguruskan badan. Dengan itu anda tidak perlu bergantung kepada ubat-ubatan.
5. Perut berlapis
Disebabkan oleh pengumpulan lemak dan selulit. Hal ini terjadi disebabkan kurangnya latihan senaman yang menggerakkan otot-otot abdomen ini. Perut berlapis boleh diatasi dengan berdiet serta ditambah latihan senaman. Disyorkan juga pemakaian korset yang efektif yang mampu meningkatkan aktiviti pada otot perut.

PUNCA OBESITI SELEPAS BERSALIN
1. Makan berlebihan semasa hamil
Ramai yang menyangka tidak mengapa makan banyak semasa hamil kerana makan untuk 2 orang. Akibatnya berat badan naik mendadak. Berat badan semasa hamil perlu diawasi agar tidak melebihi penambahan 10 hingga 12 kg yang dibenarkan.
2. Tiada riadah semasa hamil
Ibu mengandung perlu membuat riadah ringan dan senaman ringan semasa hamil. Ini membantu proses bersalin dan turut membakar kalori berlebihan.
3. Faktor hormon
Hormon-hormon yang dirembeskan semasa mengandung termasuklah hormon progesteron, hormon prolaktin, growth hormone, carlosteroids. Hormon ini meransang pengumpulan lemak tubuh.
4. Kurang aktiviti semasa dalam pantang
Kurang aktiviti mungkin disebabkan masalah luka yang belum sembuh atau perasaan takut ibu kerana khuatir kesan jahitan terbuka. Ibu perlu prihatin jika luka lambat sembuh. Berjumpa doktor dan dapatkan nasihat sewajarnya. Doktor mungkin memberikan antibiotik sekiranya perlu. Cergaskan diri anda agar berat badan cepat turun.
5. Penyusuan bayi
Ibu yang menyusu perlu mengambil makanan seimbang tetapi bukan berlebihan. Makanlah dengan kerap tapi sedikit-sedikit agar berat badan turun semula.
6. Pil Perancang
Pandangan bahawa pil perancang meningkatkan berat badan tidaklah begitu tepat. Dewasa ini pelbagai jenis pil terdapat di pasaran. Sudah tentu doktor akan mencadangkan pil yang sesuai untuk keperluan anda.
Jangan jadikan perancang keluarga sebagai alasan berat badan meningkat. Alasan ini diberi kerana anda sebenarnya telah mengabaikan cara pemakanan yang betul dan tidak bersenam.
7. Program diet yang ideal
Program diet merupakan program yang perlu diikuti sepanjang hayat kita demi kesihatan yang optimum. Berbekalkan panduan dan info yang jelas, pilihlah gaya pemakanan yang sihat buat anda dan keluarga.

*harap sedikit panduan ini dapat membantu ibu2 untuk mantain vouge walaupun anak dah ramai..termasuklah saya ni juga.. ;)


"Sharing is Caring"



Share/Bookmark

0 comments:

TOTAL WELLNESS PROGRAM

Di bawah ini disenaraikan pelbagai suplemen SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan free consultations.

Anti-Aging Vivix

Anti-Oxidants CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema Alfalfa, B Complex,

Vitamin C

Breastfeeding Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Children's Health Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake

Confinement Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard

Diabetes Set Fiber, GLA Complex, B Complex, Vitamin C

Gout Set Fiber, Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa

Immune Booster NutriFeron

Men's Health Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Preggy Mommies Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Skin Care B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Students' (12 years ++) Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard

Weight Management Fiber, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix

Individuals that don't like pills @ tablets Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron

Popular Posts

Disclaimer

“Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil”. AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...