Saturday, April 3, 2010

Macam mana nak banyakkan susu??


Gambar hiasan semata-mata

Salam..
Hari ini ingin saya kongsikan sedikit amalan yang saya amalkan untuk memastikan susu saya sentiasa cukup untuk Haikal...Amalan ini merupakan amalan biasa sebenarnya..kerana 3 perkara yang akan saya senaraikan di bawah ini nanti merupakan amalan harian ibu-ibu yang menyusui anak telah amalkan..Jom baca..

  • Jaga jadual makan - ibu-ibu kene pastikan jadual makan utama seperti sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam di ambil mengikut waktu yang betul dan sesuai. Kalau saya sarapan pagi memang akan makan yang berat sikit contohnya nasi lemak dan milo panas gelas besar...Sebenarnya, makanan inilah yang di perlukan oleh tubuh badan ibu-ibu untuk menghasilkan susu..Tetapi apa yang saya perhatikan ibu-ibu lebih gemar mengambil pemakanan sekadar untuk menghilangkan rasa lapar sahaja..dalam erti kata lain BERDIET untuk mantain KURUS..Jangan takut gemuk tapi ibu-ibu kena pastikan badan ibu-ibu mampu untuk menghasilkan susu yang berkualiti dan kuantitinya cukup untuk anak.
  • Banyak minum air - badan kita memerlukan air yang banyak, tambahan pula kita merupakan ibu yang menyusu..sudah tentulah kandungan air dalam badan mesti sentiasa cukup untuk menghasilkan susu yang banyak..Saya sendiri memang kuat minum air masak..kalau pergi kerja saya akan bawa botol besar 2.5liter, dan saya pastikan air tu habis dari pukul 8 pagi hingga 5 petang...Memang saya kene disiplinkan diri sendiri..Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan kita..Kalau badan ibu-ibu sihat sudah tentulah susu yang di hasilkan juga berkualitikan..
  • Pengambilan supplement - saya percaya ibu-ibu yang menyusu ada memilih untuk mengambil supplement@makanan tambahan lain bagi memastikan badan ibu-ibu sihat sekali gus dapat menghasilkan susu ibu berkualiti sehebat kuantiti...Saya sendiri mendisiplinkan diri saya untuk makan vitamin setiap hari, kerana saya bekerja ditambah pula menyusukan anak..jadi badan saya mestilah bertenaga untuk memastikan saya dapat menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan ibu..
Ini adalah amalan harian yang saya amalkan sejak saya mula memilih untuk menyusukan Haikal dengan susu saya sepenuhnya..Selain menjaga pemakanan, tidak lupa juga DOA dan TAWAKAL kepada Allah SWT...kerana rezeki itu datangnya dari Allah SWT...Kita hanya mampu berusaha dan jangan sekali-kali berputus asa jika hasil susu merudum dan tidak lumayan seperti yang kita harapkan..Happy breastfeeding !!!!


"Sharing is Caring"


Share/Bookmark

0 comments:

TOTAL WELLNESS PROGRAM

Di bawah ini disenaraikan pelbagai suplemen SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan free consultations.

Anti-Aging Vivix

Anti-Oxidants CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema Alfalfa, B Complex,

Vitamin C

Breastfeeding Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Children's Health Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake

Confinement Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard

Diabetes Set Fiber, GLA Complex, B Complex, Vitamin C

Gout Set Fiber, Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa

Immune Booster NutriFeron

Men's Health Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Preggy Mommies Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Skin Care B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Students' (12 years ++) Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard

Weight Management Fiber, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix

Individuals that don't like pills @ tablets Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron

Popular Posts

Disclaimer

“Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil”. AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...