Image from Google
Hanya 14 peratus ibu bekerja susui bayi
Date 2008/8/4 12:40:59 | Topic: TempatanKUALA LUMPUR: Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan hanya 14 peratus wanita bekerja menyusukan bayi mereka dengan memberikan susu badan secara eksklusif.
Angka berkenaan secara tidak langsung memberikan pandangan yang tidak baik mengenai amalan menyusukan bayi secara semula jadi kerana peratusan yang masih mengamalkannya sangat sedikit.
Menurut Pengurus Unit Bersalin, Hospital Pakar Damansara, Khairolbariyah Abdullah, wanita bekerja masih boleh memberikan susu badan kepada bayi mereka tanpa mengganggu tugas seharian.
“Pelbagai teknik diperkenalkan untuk membantu wanita bekerja menyusukan bayi mereka bergantung kepada sokongan penuh daripada ahli keluarga dan persekitaran,” katanya pada forum ‘Tip Menyusukan Bayi Untuk Wanita Bekerja’ sempena Minggu Penyusuan Badan Sedunia, di sini, semalam.
Khairolbariyah berkata, ada beberapa faktor yang menyebabkan wanita bekerja tidak meneruskan amalan penyusuan badan antaranya kerana keadaan kerja yang tidak menentu.
“Amalan menyusukan bayi memerlukan masa yang sesuai. Tidak semua pekerjaan membolehkan si ibu menyusukan bayinya di tempat kerja dengan selesa.
“Oleh itu, sekiranya majikan menyediakan tempat yang selesa dan kelonggaran masa untuk ibu menyusukan bayi mereka, maka amalan ini boleh diteruskan tanpa sebarang masalah,” katanya.
Menurutnya, wanita yang akan memulakan kerja selepas tamat tempoh cuti bersalin perlu mendapatkan latihan untuk memberikan susu badan bukan secara terus kepada bayi mereka.
“Tempoh dua hingga tiga minggu diperlukan untuk melatih bayi dan ibu memberi serta menerima susu badan bukan secara terus.
“Teknik yang paling berkesan ialah melalui perahan menggunakan tangan atau melalui alat bantuan perahan yang kemudiannya disimpan dalam peti sejuk,” katanya.
Khairolbariyah berkata, seelok-eloknya bayi diberikan susu tidak menggunakan botol sebaliknya menggunakan cawan.
“Bayi mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan penggunaan cawan tetapi ia baik untuk bayi serta tidak akan membuatkan bayi keliru,” katanya.
Menurutnya, amalan menyusukan bayi secara semula jadi perlu diteruskan terutama dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
“Perbelanjaan boleh dijimatkan kerana tidak perlu membeli susu formula malah khasiat yang terkandung dalam susu ibu lebih baik berbanding susu lain,” katanya.


12 comments:
mmg pun ramai yg bekerja berfikiran begitu..alasan, keje..susah nak betulkan mind set mereka ni..
sikitnye...huhu...takpe..dgn adanya blog cam ni..nnati ramai la yang sedar psl bfeed ni kan.
sedih tengok statistik ni...
itulah perlunya kumpulan yang sangat2 menyokong penyusuan susuibu dan menjalankan aktiviti bersama...
kurang pengetahuan dan kesedaran juga menjadi salah satu faktor..
saya dulu pun macam tu anak menyusu tak sampai setahun, now alhamdulilah
kalo anna diberikan rezeki nnti, anna xkan ada alasan utk elak BF ni..
no susu2 lembu... eksklusif...
SOKONG BF!!!
p/s: pssst.. doakan anna cpt2 jugak dpt rezeki ye.. hiks~
HUDA, SITI, WAN ANIE...sama2lah kta harapkan statistik ni akan berubah dan bertambah % nya..InsyaAlah.. ;)
Anna...InsyaAllah..semoga niat murni anna tu dimakbulkan..pasti sy doakan anna cpt2 dpt baby..hehe.. ;)
moga2 kita tergolong dalam 14% tu le.. lepas tu kita tambah kan lagi supaya peratusan lebih tinggi.. hihihi
sikitnyee..tp kan, slalunye kalo sy dengar je ade kawan2 yang preggy, sure sy akan rekemen bf ni..hehe...
amat berbangga dgn my bf journey...nak kongsi sume ni dgn kawan2..br best..kan??
Mast..harap2 begitulah..moga bertambah ramai lg...
Sabihah..bagusnya rekemen bf pd ibu2 baru..kite kongsi citer2 bf ni sama2 ea.. ;)
tetibe sy rase sedih pulak.. sy memg nak fully bf kedua- anak sy.. tp malangnye semuanya sparuh jalan.. ye la mungkin salah sy juge kerana tak amik tahu dengan serious teknik mengekalkan & menambah susu badan agar menckupi..huhu
next time InsyaAllah.. kene kuat semangat mcm ibu iman & ibu2 yg berjaya buat mcm nie..
Ena..kadang2 itu semua rezeki dari Nya..semuanya dah ditentukan..tak pe lps ni Ena boleh blaja dan InsyaAllah klu ade baby nanti boleh fully bf tau.. ;)
Post a Comment