Saya kembali semula berblog setelah berehat agak lama..selama saya tidak aktif berblog ni saya masih lagi jadi pengunjung setia blog kawan2 dan sentiasa mengikuti perkembangan blog kawan2..
Sebenarnya banyak juga info-info yang ingin saya kongsikan di sini tapi belum kesampaian..dan harap-harap akan ada masa untuk saya berkongsi di blog kesayangan saya ni...InsyaAllah..
Sejak saya megalami bengkak susu tempoh hari...timbul keinsafan dalam diri ni betapa saya perlu menghargai masa 24jam yang diberi...Kalau dulu saya cuma pam 3kali sehari tapi selepas kejadian itu saya pam 5kali sehari..pagi sebelum subuh pukul 5.30am, di pejabat 8.30am @ 10.30am (tengok jadual kelas), tengahari 12.30, petang 4.00pm dan balik rumah 6.30pm...itulah jadual baru saya...seboleh-bolehnya saya patuhi...Alhamdulillah berkat kerajinan mengepam, susu saya mantain seperti sebelum ini....lebih kurang 24oz ke 28oz sehari....
Saya akui sebenarnya ibu-ibu yang mengepam dan bekerja memang memerlukan kesabaran dan kekuatan untuk berjuang menyusukan anak dengan susu ibu...tapi percayalah sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Adil...Rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T........ Yang penting kita jangan lupa berusaha dan berdoa..Ingin juga saya kongsikan di sini, yang saya masih lagi memerlukan vitamin Shaklee sepanjang saya menyusukan Haikal kerana vitamin ini juga membantu saya untuk sentiasa bertenaga dan menstabilkan emosi saya...selain Alfalfa yang saya makan sebagai milk booster..sekarang saya makan 2biji pagi, 2biji tengahari dan 2biji malam....Vitamin ini juga sebagai salah satu usaha saya untuk mantainkan susu...
11 Julai 2010 genaplah Muhammad Nafis Haikal 1 tahun..maka genaplah 1 tahun saya susukan Haikal dengan susu saya...Alhamdulillah...apa yang saya harapkan semoga saya dapat susukan Haikal dengan susu saya selama 2 tahun...InsyaAllah...

