Friday, November 18, 2011

Mengatasi / Menurunkan Kolestrol Dengan Shaklee

Salam...
Apa yang dimaksudkan dengan KOLESTROL ?
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Kolestrol Penyebab Serangan Jantung.
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.
* sumber Wikipedia

Produk Shaklee Untuk Menurunkan Kolestrol


Fiber Plan Unflavoured - Menyahkan protein berlebihan di dalam darah

B Complex - Vitamin B3 (Niasin) membantu menurunkan kadar kolestrol

Garlic - merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah

Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolestrol "jahat" LDL

Vita C - Vitamin C menurunkan kadar kolestrol dan menguatkan dinding arteri

Vita E - memperbaiki peredaran darah

*credit : MommyLyna

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my Atau boleh isi BORANG PESANAN

"Sharing is Caring"



Share/Bookmark

0 comments:

TOTAL WELLNESS PROGRAM

Di bawah ini disenaraikan pelbagai suplemen SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan free consultations.

Anti-Aging Vivix

Anti-Oxidants CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema Alfalfa, B Complex,

Vitamin C

Breastfeeding Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Children's Health Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake

Confinement Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard

Diabetes Set Fiber, GLA Complex, B Complex, Vitamin C

Gout Set Fiber, Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa

Immune Booster NutriFeron

Men's Health Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Preggy Mommies Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Skin Care B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Students' (12 years ++) Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard

Weight Management Fiber, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix

Individuals that don't like pills @ tablets Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron

Popular Posts

Disclaimer

“Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil”. AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...