Wednesday, December 28, 2011

Kenali Suplemen Anda, Pilihlah Yang Semulajadi

Salam..
Pentingnya anda mengenali suplemen anda..memang tidak dinafikan lambakan produk kesihatan hari ini seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan..apa yang saya dapati mereka yang ingin mengamalkan suplemen akan memilih produk yang baru dipasaran..dan lupa produk yang terawal dan juga sudah lama dipasaran iaitu SHAKLEE...Tahukah anda bahawa SHAKLEE adalah suplemen semulajadi?

Dr Forest C Shaklee adalah orang pertama yang menemui Vitalized Minerals (1915) yang kini digelar Vitamin.

MAKANAN TAMBAHAN YANG SEMULAJADI

  • Produk Shaklee semulajadi,bukan sintetik atau organik.
  • Wujud dalam bentuk bersedia untuk diserap atau digunakan.
  • Tiada pewarna,perasa dan pengawet tiruan.
  • Tiada silika gel dan ini membantu penyerapan dengan lebih baik.

UJI VITAMIN ANDA.


Cuba anda ambil sebiji multivitamin yang sedang anda amalkan....genggam selama 5 minit, jika anda dapati tangan anda melekit serta warnanya melekat dengan tangan anda, maka saya sarankan anda memilih vitamin yang lebih baik.

Vitamin yang sintetik biasanya mengandungi silika gel, pewarna, perasa dan pengawet tambahan....bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan kerana tubuh kita hanya perlukan yang asli.

Hakikatnya pewarna, pengawet dan perasa tambahan ini tidak diperlukan oleh badan dan jika diambil secara berterusan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

Kesihatan itu sangat mahal...maka amalkan pengambilan supplement dengan ilmu dan bukan kerana trend semata-mata.


Mengapa artikel seperti ini menghantui anda? Sebab itulah betapa pentingnya ILMU sebelum anda memilih suplemen, jangan hanya memilih mengikut jenama polular sedangkan anda sendiri tidak tahu apakah yang anda makan. Faktor gaya hidup juga memainkan peranan..jika di negara barat sudah tentulah gaya hidup mereka tidak seperti kita di sini..tidak boleh menyalahkan suplemen jika anda sakit dan sebagainya..pada artikel ini juga tidak dinyatakan jenama suplemen apa? Adakah ianya semulajadi? Jangan risau jika anda mengamalkan Shaklee..

Anda boleh baca kisah pengamal tegar Shaklee Pn Norita selama 12 tahun..mengapa beliau memilih Shaklee.. DISINI.

Antara Produk TERBAIK SHAKLEE dan KEUNIKANNYA.

1. ENERGIZING SOY PROTEIN
· Sumber terbaik daripada kacang soya
· Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
· Protin mental
· Kolesterol “0” serta rendah lemak
· PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5

2. VITA-LEA
· Mengandungi 12 vitamin dan 7 Galian pada kadar yang seimbang
· Larutan yang cepat (17 minutes disintegration time)
· Folic Acid dan Biotin 100%
· 2 biji membekalkan 600 mg calcium
· Diuji oleh 48 saintis selama 198 jam bagi setiap ‘batch’

3. VITA -C 500 mg SUSTAINED RELEASE
· Pelepasan perlahan-lahan – 100mg setiap jam selama 5 jam
· Bio-flavonoid C complex
· Sumber terbaik – Rose hip
· 1 bij mengandungi vitamin C seperti mengambil 7.5 biji oren segar

4. B-COMPLEX
· Sumber terbaik – Torula dan Brewers Yeast
· Mengandungi 8 jenis vitamin B
· 100% Folic Acid dan 100% Biotin
· Tidak mengandungi pewarna tiruan


Buatlah pilihan yang bijak bagi memastikan kesihatan anda sentiasa di tahap optimum..makan suplemen dengan ilmu..InsyaAllah anda bakal mendapat kebaikkan darinya..

Sabar adalah kunci utama utk dptkan hasil yg diinginkan bila dah mkn supplement....xkiralah supplement penyusuan,supplement utk kecantikan kulit atau supplement utk kurus..ini hanya usaha,apa2 pun balik pd pencipta dan pemberi rezeki..yg penting jgn cepat putus asa ye..supplement bkn mkn hari ni esk dah nmpk hasil ye..SABAR DAN ISTIQAMAH INSYA-ALLAH BERJAYA!! 

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my

"Sharing is Caring"


Baca Selanjutnya >>

Monday, December 26, 2011

TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE - Sangat mudah dan pulih lebih cepat.

Salam..
Hari Jumaat lepas saya ada hantarkan SET BERPANTANG SHAKLEE pada ibu yang sudah 7hari melahirkan anak secara normal di Johor Specialist Hospital..Menurut kata ibu ni, Doktor yang merawat beliau sendiri yang syorkan supaya ibu ni berpantang dengan Vitamin @ Supplement..beliau pun search lah..akhirnya terjumpa blog ibuhakimhaikal.com ni dan nasib agak baik kerana saya berpeluang menghantar sendiri ke wad dan memberi konsultasi kepada beliau..Alhamdulillah..Tapi apa yang ingin saya kongsikan di sini bukan testimoni beliau, tapi testimoni seorang ibu yang juga mengamalkan SET BERPANTANG SHAKLEE sepanjang proses berpantang beliau..Jom kita ikuti pengalaman beliau..

*Kredit to MySuperVitamins.com


Pasti ramai ibu-ibu baru yang sedang mengandung perlukan pendapat rakan-rakan, set berpantang mana yang sesuai untuk mereka. Di sini kami kongsikan pengalaman, Shima yang telah mencuba set berpantang Shaklee.

"Badan sangat cergas. Lepas operation dah cergas. Susu sangat meriah."

Bestkan? Alhamdulillah, khasiat dari vitamin Shaklee memang boleh dirasai dan sangat berkesan kerana ia mudah diserap tubah kerana dari sumber semulajadi bukan sintetik.

Pasti ramai yang takut juga untuk cuba dengan set-set bersalin di luar sana kerana tak tahu keberkesanan, sumbernya dan kajian disebaliknya. Dengan Shaklee, kajian telah dilakukan lebih 50 tahun oleh pakar. Ianya selamat bukan sahaja untuk ibu yang baru bersalin, menyusu malah untuk orang ramai, kanak-kanak dan orang yang dalam proses pemulihan dan baru lepas operation.

Set C Euphoria khas untuk ibu berpantang atau baru menjalani pembedahan.

B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.

Dalam SET C (Confinement Set) saya menyediakan : 
  • 120 tablet Vitalea@Multivitamin
  • 120 tablet B Complex
  • 180 tablet Vitamin C
  • 120 tablet Zinc 
Sebagai tambahan untuk ibu-ibu berpantang boleh juga mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman harian anda dan Ostematrix (Kalsium Magnesium with vitamin D), kedua-dua supplement ini boleh mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan melancarkan air susu ibu. Bagi ibu yang menghadapi masalah pembuangan air besar bolehlah mengambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu perut bayi, ianya melancarkan pembungan dengan cara yang lembut. Tetapi harus diingatkan bahawa pengambilan Vitamin ini perlu diikuti dengan pengambilan air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.

Jika berminat boleh menguhubungi saya di talian 012-6538729 (sms/call) atau email kepada nor.hasmah@yahoo.com.my
Selamat berpantang ! 

"Sharing is Caring"






Baca Selanjutnya >>

Power Pumping, HyperStimulation dan Intensive Pumping - Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.

Salam..
Ada diantara ibu-ibu yang menyusukan anak bertanya pada saya apa itu power pumping? Info dibawah ini untuk tambahan ilmu pada ibu-ibu yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi berkaitan power pumping..Tapi wajib diingatkan apa jua konsep penyusuan jangan sekali-kali di abaikan iaitu SUPPLY BY DEMAND.

*Kredit to GENKIMOMMA
Apa itu Power Pumping?

Ada yang panggil Power Pumping, ada yang menggelarHyperStimulation, dan juga Intensive Pumping. Apepun gelarannya, ia merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan susunan mengepam yang biasa, tetapi di dalam cara yang lebih unik. Ideanya ialah untuk meniru bayi menyusu, secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang mengalami kekurangan susu, atau yang sedang berusaha untuk memperbanyakkan semula pengeluaran susu ibu.
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat, di mana teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu ibu. Di galakkan untuk berjumpa dengan doktor/ pakar laktasi jika anda di dalam kategori no. 3 ini.

Bagaimana cara untuk buat Power Pumping?

(1) Untuk Single Pump:
Pam payudara kanan dahulu 10 minit, kemudian, pam payudara kiri pula 10 minit, kemudian, tukar semula ke payudara kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit secara berterusan selama sejam.

(2) Untuk Double Pump:
Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, rehat sebentar selama 10 minit, sambung semula pam kedua-duanya selama 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, sebaik-baiknya di antara waktu malam (sebelum tidur) ke Subuh (bangun awal sebelum masuk waktu Subuh), kerana hormon prolaktin (hormon susu) sangat tinggi pada waktu ni. Namun, tidak perlulah bangun di tengah-tengah malam semata-mata untuk buat power pumping, melainkan anda terjaga kerana bayi mahu disusui. Jadi, gunakan peluang tersebut untuk pam sebentar sebelum sambung tidur semula.

Adakah mana-mana set vitamin Shaklee yang sesuai untuk membantu ibu-ibu yang memerlukan/ menjayakan PowerPumping ini?




Ada. Kami sangat menggalakkan pengambilan Shaklee Tripple M, yang diamalkan bersama-sama Tips Eksklusif pengambilan set Tripple M dari Euphoria (diberikan secara eksklusif kepada customer Ibuhakimhaikal.com & Euphoria sahaja. Harap maklum!).  Untuk dapatkan Tips Eksklusif pengambilan set Tripple M boleh emailkan kepada nor.hasmah@yahoo.com.my dengan tajuk TIPS RAHSIA

Kami mencadangkan set ini kerana sumber vitamin, nutrien & galian yang diperolehi ialah "bahan-bahan" yang mencukupi keperluan tubuh badan si ibu, yang apabila dicampur dengan usaha konsisten mengosongkan payudara dengan kerap, Insya Allah, akan membantu meningkatkan penghasilan susu badan si ibu.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu, dan ada juga yang makan masa sehingga sebulan! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau sekadar ‘pam angin’ sahaja, teruskan misi sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Jangan putus asa, disiplin, usaha, doa dan tawakal kepada-Nya. Insya Allah.

*Kredit artikel: kellymom.com, mobimotherhood.org &lowmilksupply.org


Bagi saya tidak salah jika ibu-ibu jadikan supplement sebagai makanan kesihatan sepanjang perjuangan penyusuan susu ibu ni..jika ibu-ibu ingin memilih bolehlah mencuba SET PENYUSUAN SHAKLEE yang saya sedikan..makanan kesihatan ye..bukan makanan untuk banyakkan susu sahaja..malah banyak kebaikan yang akan ibu-ibu perolehi dari SET PENYUSUAN SHAKLEE ini..

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my

"Sharing is Caring"


Baca Selanjutnya >>

Thursday, December 22, 2011

Penting..Fahami Konsep Asas Penyusuan !!!

Salam..
Saya sungguh sedih bila ada antara ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil jalan mudah dengan mengambil Alfalfa sebagai milk booster tapi dalam masa yang sama ketika bekerja hanya pam sekali sahaja..Kenapa boleh jadi begini? Siapa yang patut dipersalahkan..adakah mereka dan keluarga mereka..

Saya bukanlah seorang Pakar Penyusuan yang bertauliah..tapi saya juga merupakan seorang ibu yang masih meyusukan anak saya yang berumur 2thn 5bulan..sebelum ni saya juga mengepam susu sewaktu bekerja..

Inilah pam yang saya usung satu masa dulu..dan inilah hasil susu saya..

Semasa anak saya dalam perut lagi saya dah berniat ingin menyusukan dia dengan susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun..betullah jika dari awal kita berniat InsyaAllah pasti akan jadi kenyataan..Apa yang saya lakukan bila dah berniat..cukup ke dengan hanya berniat tanpa melengkapkan diri dengan ILMU...

Ya..ILMU PENYUSUAN...kat mana saya dapatkan ilmu ni..saya suka sangat masuk forum susuibu.com suka membaca berkaitan penyusuan..bertanya pada mereka yang berpengalaman..Sebenarnya sudah terlalu banyak info berkaitan penyusuan yang boleh kita dapat sekarang..hanya terpulang pada ibu-ibu untuk mencari  ilmu itu..tapi bukan tunggu di suap..tolong tinggalkan tabiat suka tunggu disuap tu ye ibu-ibu..

Fahami KONSEP ASAS PENYUSUAN...
Pernah dengar SUPPLY BY DEMAND...itulah konsep asas penyusuan yang perlu kita fahami..Supply berkadar langsung dengan Demand, semakin banyak bayi disusukan / ibu mengepam semakin banyak susu dihasilkan..Kerap mengosongkan payudara, memberi stimulasi kepada kilang susu untuk lebih banyak menghasilkan susu...sekurang-kurangnya 3jam sekali adalah sangat bagus untuk ibu mengosongkan payudara..

Jangan mengharap dengan hanya makan milk booster susu akan melimpah ruah tanpa mengepam dengan konsisten. Sungguh salah sekali tanggapan itu..makanlah milk booster terbaik di dunia ini sekali pun tapi ibu-ibu hanya pam sekali sahaja di opis memang tak kan ada hasilnya..ini bermakna ibu-ibu tidak faham konsep asas penyusuan dan ibu-ibu tidak ada ilmu penyusuan sebenarnya..

Persediaan mental dan fizikal kene kuat..mental kene positif jangan sesekali tanamkan dalam diri kita yang susu tak cukup..maka memang tak kan cukuplah susu untuk anak kita..Elakkan stress..Stress akan mengganggu kestabilan hormon dan sekaligus akan menyebabkan penghasilan susu tidak lancar..Sebab tu lah saya sarankan ibu-ibu yang menyusukan anak mengambil B Complex untuk mengawal stress dan juga untuk kekal bertenaga..

Kesihatan ibu yang paling penting..tak salah kalau nak beri yang terbaik untuk anak tapi janganlah sampai kesihatan ibu terabai..selalu sakit, penat sampaikan nak mengepam pun malas..bangun pagi badan lesu kerana malam anak asyik mengempeng..cubalah atasi masalah ini supaya ianya tidak menjadi alasan dan halangan untuk ibu-ibu meneruskan perjuangan penyusuan susu ibu ni..

Jadikanlah perjuangan penyusuan ini suatu pengalaman yang indah dan seronok..lengkapkan diri ibu-ibu dengan ilmu dan fahami konsep sebenar penyusuan..buanglah tanggapan bahawa hanya makan makanan banyakkan susu sudah memadai tanpa perlu mengepam dengan kerap..

Bagi saya tidak salah jika ibu-ibu jadikan supplement sebagai makanan kesihatan sepanjang perjuangan penyusuan susu ibu ni..jika ibu-ibu ingin memilih bolehlah mencuba SET PENYUSUAN SHAKLEE yang saya sedikan..makanan kesihatan ye..bukan makanan untuk banyakkan susu sahaja..malah banyak kebaikan yang akan ibu-ibu perolehi dari SET PENYUSUAN SHAKLEE ini..

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my

"Sharing is Caring"


Baca Selanjutnya >>

Set Penyusuan Shaklee Yang Mana PIlihan Ibu-Ibu?

Salam..
Banyak sms yang saya terima bertanyakan Set Penyusuan yang mana seharusnya menjadi pilihan..kerana ada 3 jenis Set Penyusuan yang kami sediakan..bagi ibu-ibu yang baru ingin mencuba saya syorkan SET B..apa yang ada dalam SET B ni?

SET B
Lengkap dengan 4jenis vitamin iaitu B Complex, Vitamin C, Vitalea (Multivitamin) dan Alfalfa (Milk Booster). SET B ini sesuai untuk ibu-ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan dan ingin mencari supplement untuk kesihatan dan juga tenaga. Kebaikkan dari Set B ini, Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.



SET E
SET E adalah pilihan ke 2 untuk ibu-ibu..apa yang ada dalam SET E ni? sama seperti SET B cuma tambahan Ostematrix (Kalsium Magnesium). Set ini diperlukan oleh ibu-ibu yang kurang minum susu bagi menampung keperluan kalsium harian ibu...tahukah anda ibu yang menyusukan anak memerlukan kalsium lebih daripada ibu yang tidak menyusukan anak? 

Siapa yang perlukan set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, SET B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

SET E [B Complex, Vitamin C, Vitalea, Alfalfa dan Ostematrix (Kalsium Magnesium)] 


SET 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini? Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

SET 3M [B Complex, Vitamin C, Vitalea, Alfalfa, Ostematrix (Kalsium Magnesium) dan ESP]

Semua set yang ada di sini ada kebaikkan yang tersendiri bukan hanya untuk milkbooster sahaja malahan juga untuk kesihatan ibu. Set Penyusuan Shaklee akan membuat ibu2 :
  • Lebih bertenaga
  • Kurang stress/tekanan perasaan
  • Mengelakkan meroyan
  • Mengurangkan sakit badan (sakit urat)
  • Kurang mengantuk (di waktu yang tak sepatutnya mengantuk)
  • Perbaiki keintiman suami isteri
  • Memiliki wajah berseri-seri
  • Mencantikkan kulit dan kuku
  • Mengawal berat badan
  • Membanyakkan susu ibu
*kredit to Kak N dan MommyLyna

Banyakkan kebaikkan Set Penyusuan Shaklee ni..jika anda berminat untuk mencuba boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my

"Sharing is Caring"

Baca Selanjutnya >>

Tuesday, December 20, 2011

Ingin BERJAYA Dalam Penyusuan Susu Ibu..

Salam..
Dengar macam mudah je bila kita susukan anak dengan susu ibu..mungkin bagi ibu-ibu yang bekerja ia bukanlah semudah seperti yang kita dengar..Ia ibarat PERJUANGAN..perjuangan yang menuntut banyak PENGORBANAN...Alhamdulillah saya masih menyusukan anak saya yang berumur 2thn 5bln..walaupun dah tak pam lagi dan hanya menyusu direct bila saya balik kerja dan sepanjang malam..susah untuk saya bercerai susu dengan Haikal kerana saat-saat menyusukan dia adalah satu saat yang paling tenang bila saya penat balik dari kerja...Syukur..


Ibu-ibu ingin BERJAYA dalam PERJUANGAN PENYUSUAN SUSU IBU ? Jom ikuti beberapa perkara yang boleh di amalkan..

  1. Ibu-ibu sentiasa menyusukan anak secara terus (direct feeding) atau mengepam ketika tidak bersama anak terutamanya sewaktu bekerja. Sekurang-kurangnya 3jam sekali bagi memastikan hormon prolaktin terus dirembeskan..konsep supply by demand wajib ibu-ibu faham.
  2. Ibu-ibu sila pastikan badan ibu sentiasa sihat,dan mendapat cukup khasiat dari pemakanan seharian. Ibu-ibu tidak digalakkan untuk berdiet atau skip meal..makan ikut jadual ye..
  3. Ibu-ibu pastikan air dalam badan cukup..bagi yang mengamalkan vitamin saya syorkan air masak sekurang-kurangnya 3liter sehari.
  4. Ibu-ibu tidak digalakkan untuk mengambil minuman berkafein kerana dikuatiri akan mengganggu penghasilan susu ibu...juga kurangkan mengambil minuman berais atau sejuk.
  5. Ibu-ibu boleh makan makanan kegemaran atau minuman kegemaran sebagai booster..kerana dipercayai bila ibu enjoy dan happy hormon oksitoksin akan meningkat dan susu akan lebih mudah dihasilkan.
  6. Ibu-ibu hindari tekanan @ stress..tekanan mampu membuat susu merudum..ini yang biasa saya alami sewaktu mengharungi perjuangan penyusuan susu ibu..kalau boleh atasi stress supaya ia tidak mengganggu proses penghasilan susu..be positif ;)
  7. Ibu-ibu digalakkan mengambil vitamin atau supplement jika tidak dapat memastikan menu harian ibu-ibu seimbang seperti piramid makanan, ia adalah bertujuan untuk kesihatan ibu kekal di tahap yang memuaskan sepanjang perjuangan ini.
  8. Ibu-ibu berdoalah..dan mintalah dengan Allah S.W.T kerana yang pastinya rezeki susu ibu itu datangnya dari Dia..amalkanlah zikir dan juga amalan2 murah rezeki seperti bersedekah.
Sekian untuk perkongsian dari saya yang juga merupakan ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu dan juga ibu yang memilih vitamin atau supplement sebagai pelengkap kepada perjuangan saya untuk meneruskan penyusuan susu ibu...Alhamdulillah...

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my

"Sharing is Caring"


Baca Selanjutnya >>

Tips Turunkan Berat Badan Secara Sihat

Salam...
Ramai yang bertanya saya bagaimana saya boleh turunkan berat badan dan apa yang saya makan untuk dapatkan berat badan yang ideal dengan ketinggian saya..


Selain dari amalkan HERBLAX SHAKLEE dan LECITHIN SHAKLEE ada tips lain yang saya ingin kongsikan disini..memang pada mulanya agak sukar untuk saya lakukan..tapi jika kita mahu berubah sudah tentu ianya menjadi sesuatu yang mudah dan indah.. ;)

1. Hindari makanan berlemak dan kurangkan karbohidrat.
Makanan berlemak adalah musuh utama saya sewaktu proses diet berjalan..makanan seperti masak lomak cili api memang saya stopkan dulu, selain KFC dan PIZZA juga kene stop ye..makanan karbohidrat seperti nasi kene kurangkan..memang makanan ruji rakyat malaysia terutama orang melayu susah nak tinggalkan nasi..tapi kalau dah biasa tak kan jadi masalah..Untuk menu makan tengahari kalau nak makan nasi boleh tapi nasi lebih kurang 1/3 dari pinggan kecil ye..yang 2/3 adalah lauk dan lebihkan sayur.

2. Kurangkan gula dalam minuman anda.
Cuba untuk kurangkan minuman manis...terutama sekali minuman dalam tin yang memang kita sedia tahu bahawa manis dan sedapkan..hadkan jumlah kalori anda setiap hari..apa kata anda jadikan AIR MASAK sebagai teman setia..air masak mampu meningkatkan metabolisma badan kita..jumlah air masak yang saya minum setiap hari wajib 3liter..

3. Makan minima 3kali sehari
Jangan skip meal jika anda ingin diet..makan ikut jadual..sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam (sebaik2nya sebelum pukul 7malam). Nasihat saya kurangkan makan,tapi boleh makan kerap..jika kita makan kurang dari 3kali sehari akan menurunkan kadar metabolisma kita dan proses pembakaran lemak akan menjadi lambat, makanya jangan anggap kita makan 2 atau sekali sehari berat badan boleh turun dengan cepat ye..

4. Makan 3jam sebelum tidur.
Adalah menjadi kesalahan mengambil makan malam kurang dari 3jam sebelum tidur..makanan yang anda makan kurang dari 3jam sebelum tidur tidak dapat diproses sewaktu tidur dan akan menyebabkan makanan bertukar menjadi lemak, ini adalah kerana metabolisma badan kita akan kurang bekerja sewaktu kita tidur. Cubalah amalkan lepas makan terus tidur tak payah lamalah dalam 2minggu je anda akan dapat hasil babat2 yang tak indah disekitar perut anda nanti..hehe..

5. Banyakkan makanan rebus dan sup.
Meehoon sup akan menjadi menu wajib saya setiap hari sepanjang proses diet saya..kadang-kadang saya akan tukar menu kepada meehoon tomyam atau sup sayur..makanan rebus yang pastinya sangat bagus sebab ia kurang minyak..kurangkan makanan bergoreng..nampak macam susahkan..tapi kalau dah menjadi kebiasaan tak jadi masalah pun..kalau saya rasa lapar saya akan kunyah buah epal hijau atau makan biskut dan banyak minum air masak..

6. Bersenam atau Aerobic
Bersenam pada mulanya saya cuma main skipping dan hullahoop je kat rumah..memang berpeluh..saya tak buat hari-hari..seminggu 3kali dan 1jam setiap sesi dah cukup..Aerobic yang banyak membantu saya untuk kekal fit dan sihat..saya suka aerobic..hehe..

7. Tidur dan rehat yang cukup.
Tahukah anda kita wajib tidur 6-8jam sehari..masa tidur ni lah kita akan berehat dan jika anda nak turunkan berat badan jangan kurang tidur dari 7jam..itu yang cikgu aerobic saya bagi tau..

8. Kawal nafsu makan.
Ini adalah yang paling susah untuk saya lakukan masa permulaan diet saya..kalau sebelum ni saya adalah kategori yang kuat makan..lagilah saya menyusukan anak dan boleh kata saya sentiasa lapar..tapi bila genap je Haikal 2tahun dan saya pun dah tak pam susu lagi time keje jadi saya berani untuk diet..mula-mula nak kawal nafsu makan memang susah tapi bila dah biasa tak jadi masalah lagi..Alhamdulillah saya berjaya dapatkan berat ideal dengan ketinggian saya lebih kurang 6bulan..yang penting kene NEKAD,SABAR dan USAHA kene seiring.. 

Boleh baca kisah saya di SINI
Anda yang berminat boleh baca sini...untuk harga produk anda boleh klik DISINI...untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA boleh hubungi saya ye....
* 3 Supplement Asas Untuk Berdiet

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my

"Sharing is Caring"


Baca Selanjutnya >>

Monday, December 19, 2011

Vitamin Tidak Berkesan..Mengapa?

Salam...
Info yang sangat berguna untuk dikongsikan bersama..bagi pengamal supplement boleh baca info ni ye..



Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah...berkat istiqamah (amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan) even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.

Namun ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli! Makanlah dengan ILMU

Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my

"Sharing is Caring"



Baca Selanjutnya >>

Thursday, December 15, 2011

Parut Hilang Dan Kulit Bersih Dengan Shaklee

Salam..
Saya ingin berkongsi testimoni seorang pengguna Shaklee dan seterusnya join bt biz Shaklee.. ;) Jom kita lihat gambar Puan Syafiza sebelum dan selepas mengamalkan Shaklee..
*kredit to: Puan Syafiza dan Puan Yati Napi


"Assalamualaikum.. Kak Yati.. Hari ni fiza nk bg testimoni..ehehe..

Alhamdulillah dh 25 hari Fiza mkn Set D + GLA ni.. Bersyukur sgt2.. Sebelum ni asyik jaga luaran je..Fiza mengalami parut pembawakan baby yang sangat teruk.. Muka jadi gatal2 dan meninggalkan parut yang sangat hodoh.. :(..Sebelum ni dh macam2 produk kecantikan dr yg murah sehinggakan yang mahal tapi takde perubahan pun.. Segala treatment la apa la semua dah try tp x de perubahan yg habis duit je..

Fiza sangat2 bersyukur kepada Allah S.W.T kerana membuka pintu hati Fiza untuk mencuba vitamin Shaklee ni di saat Fiza hampir2 tak percaya pada segala macam produk kecantikan ni..Sebelum ni fiza ada jugak ambik Tab X..

Seminggu je makan SET D ni dh ada orang tanya Fiza.."Eh,pakai produk apa sekarang??" Nampak sgt kan muka Fiza sebelum ni sgt2 teruk.. Sedih sgt tau bila orang tanya mcm tu.. huhu..Raya Haji lepas family Fiza datang beraya di rumah Fiza.. Mak dan kakak pun tanya benda yang sama.. Ye la sebelum ni asyik tukar produk je.. Hubby pun cakap lps ni jangan tukar2 produk dh.. Makan vitamin je.. =) Sangat2 gembira dan bersyukur sangat2 kerana mendapat sokongan dari suami..

Alhamdulillah dgn disiplin dan minum air yang banyak Fiza dh nampak perubahan pada wajah Fiza.. suka sangat2.."


Apa yang Puan Syafiza amalkan...

SET D..Apa yang ada dalam SET D ?


Vitamin E 
Nampak muda kerana Vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan Vitamin E secara konsisten sangat membantu untuk mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu untuk mendapatkan wajah yang lebih cantik berseri dan tidak kusam. Kajian membuktikan Vitamin E berkeupayaan melindungai sel dan tisu badan daripada kemusnahan akibat proses penuaan semula jadi.

Vitamin C
Membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protien yang menyusun tubuh manusia. Vitamin C juga glamour sebagai vitamin Cantik. Ia adalah agen detox yang baik, untuk membuang toksin dan juga antioksidan menghapuskan radikal bebas. Dengan terhapusnya radikal bebas ini, maka lebih mudah untuk vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen.

B Complex
B for beauty. Vitamin B penting untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Vitamin B juga menjaga kulit dari kekeringan yang boleh menyebabkan kedutan.


Tambahan GLA Complex untuk dapatkan hasil yang memuaskan..

Apakah khasiat GLA Complex?
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain 
  • Membantu dalam menangani menopous
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf

TIPS
  • Ambil sebiji GLA Complex sebelum tidur, kerana ia dipercayai dapat membantu memecahkan lemak tatkala kita sedang tidur.
  • GLA Complex juga bagus untuk kestabilan hormon, kesuburan dan kecantikan kulit.
  • GLA Complex juga bagus untuk mengawal kencing manis, darah tinggi dan kolestrol.

 Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my. Atau boleh isi BORANG PESANAN


"Sharing is Caring"

Baca Selanjutnya >>

Tuesday, December 13, 2011

Mengapa Vitamin Adalah PENTING?

Salam..
Ramai diantara kita semakin mementingkan pengambilan makanan tambahan atau vitamin sebagai keperluan kehidupan seharian..Tahukah anda mengapa dikatakan vitamin PENTING?


  • Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin.
  • Buah-buahan dan sayuran mungkin ditanam di atas tanah yang kurang subur.
  • Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak.
  • Gaya hidup anda mungkin mengganggu penyerapan zat makanan.
  • Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan anda.
  • Anda mungkin terlalu kerap makan di luar.
  • Gaya hidup anda tidak aktif.
  • Pekerjaan anda banyak "STRESS".
  • Anda kerap dijangkiti demam dan jangkitan penyakit lain.
  • Anda terdedah dengan pencemaran (cuaca,udara,air,etc)
SIAPAKAH YANG SANGAT PERLUKAN VITAMIN
  • Penghidap penyakit yang tenat.
  • Orang yang memelihara diet seharian.
  • Orang yang terlalu banyak alahan "alergi" terhadap makanan harian.
  • Kanak-kanak yang membesar.
  • Remaja yang meningkat usia / Pelajar sekolah.
  • Ibu menyusu dan ibu hamil.
  • Orang tua yang lanjut usia.
  • Ahli sukan.
  • Mereka yang terlibat dengan pekerjaan yang "STRESS".
  • Selepas pembedahan.
  • Pekerja shift yang tidak menentu masa.
  • Mereka yang mencari perlindungan kesihatan melalui pemakanan tambahan.
Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my Atau boleh isi BORANG PESANAN

"Sharing is Caring"


Baca Selanjutnya >>

Wednesday, December 7, 2011

Vitamin yang PENTING dan TIDAK boleh diambil oleh ibu mengandung

Salam...
Info penting buat ibu-ibu mengandung..jangan abaikan pengambilan vitamin semasa mengandung..mungkin ibu-ibu biasa dengar makan vitamin semasa mengandung boleh menyebabkan anak keluar besar..adakah benar atau mitos sahaja..bagi saya ianya hanya mitos kerana saya belum pernah terbaca lagi apa-apa kajian yang mengatakan vitamin boleh menyebabkan bayi dalam kandungan besar..

Ok..mari kita baca info penting ni ya..


* kredit to Kak N

Memang vitamin hakikatnya adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi dari diet pemakanan harian. Namun bagi ibu mengandung hanya ada beberapa vitamin yang disarankan diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup zat.

VITAMIN YANG PERLU
Vitamin yang perlu diambil oleh ibu yang mengandung adalah protien, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, vitamin b complex yang lengkap dengan folik asid,Vitamin C, Kalsium dan Omega.

FUNGSI VITAMIN
Secara ringkasnya kepentingan vitamin tersebut adalah :
Protien : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.

Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega : membantu pembentukan sel otak.

Namun ada beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.

Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Maka sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.


Jika anda berminat untuk mencuba Produk Shaklee boleh hubungi saya di talian 012-6538729 (call / sms) atau email nor.hasmah@yahoo.com.my Atau boleh isi BORANG PESANAN

"Sharing is Caring"


Baca Selanjutnya >>

TOTAL WELLNESS PROGRAM

Di bawah ini disenaraikan pelbagai suplemen SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan free consultations.

Anti-Aging Vivix

Anti-Oxidants CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema Alfalfa, B Complex,

Vitamin C

Breastfeeding Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Children's Health Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake

Confinement Set Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard

Diabetes Set Fiber, GLA Complex, B Complex, Vitamin C

Gout Set Fiber, Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa

Immune Booster NutriFeron

Men's Health Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink

Preggy Mommies Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Skin Care B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Students' (12 years ++) Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard

Weight Management Fiber, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix

Individuals that don't like pills @ tablets Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron

Popular Posts

Disclaimer

“Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil”. AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998